MAPenS 2026: Hajiji tegaskan modal insan keutamaan agenda Sabah Maju Jaya

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan pendidikan menerusi pemerkasaan modal insan, peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan setiap anak Sabah mendapat akses kepada peluang pendidikan yang berkualiti tanpa mengira latar belakang, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Beliau berkata, pembangunan modal insan akan terus menjadi keutamaan kerajaan negeri selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam membina masa depan negeri yang lebih mampan dan progresif.

“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan terus diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan. Pemerkasaan TVET, pengukuhan STEM, latihan pertanian moden serta teknologi digital dengan penekanan kepada literasi AI merupakan antara bidang yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Kali Keempat Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di sini, hari ini.

𝟭𝟰 𝗜𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻
Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa komited menyokong usaha memperkasakan pendidikan menerusi pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bersama JPNS serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut beliau, antara usaha yang dilaksanakan termasuk pembinaan dan naik taraf sekolah, penyediaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program motivasi murid luar bandar, bantuan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan serta pelbagai program intervensi bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meneruskan pelbagai bantuan pendidikan menerusi 14 inisiatif sedia ada, termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).

“Selain itu, Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menyediakan pelbagai bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, semua bantuan dan inisiatif yang disediakan bertujuan membantu generasi muda mencapai kecemerlangan pendidikan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri pada masa hadapan.

𝗚𝗣𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟰.𝟴𝟱
Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan atas pencapaian cemerlang Sabah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Menurutnya, peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.00 pada 2024 kepada 4.85 pada 2025 membuktikan komitmen tinggi serta dedikasi warga pendidik dalam meningkatkan mutu pendidikan negeri.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan Sabah pada masa hadapan,” katanya.

𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗧𝗼𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
Hajiji turut menegaskan bahawa guru merupakan tonggak utama pembangunan negara kerana bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu, malah membentuk sahsiah, nilai murni dan jati diri generasi masa depan. Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas komitmen, keikhlasan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.

pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI).

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles