Site icon Gabungan Rakyat Sabah

MAPenS 2026: Hajiji tegaskan modal insan keutamaan agenda Sabah Maju Jaya

ANUGERAH KECEMERLANGAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Tahun 2026, Dr Mohd Kassim Tusin dan Tokoh Guru Tahun 2026, Kasbulan Mangun pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Kali Keempat 2026 di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan pendidikan menerusi pemerkasaan modal insan, peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan setiap anak Sabah mendapat akses kepada peluang pendidikan yang berkualiti tanpa mengira latar belakang, sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Beliau berkata, pembangunan modal insan akan terus menjadi keutamaan kerajaan negeri selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam membina masa depan negeri yang lebih mampan dan progresif.

โ€œBidang kemahiran dan pembangunan belia akan terus diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan. Pemerkasaan TVET, pengukuhan STEM, latihan pertanian moden serta teknologi digital dengan penekanan kepada literasi AI merupakan antara bidang yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Kali Keempat Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di sini, hari ini.

๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป
Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa komited menyokong usaha memperkasakan pendidikan menerusi pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bersama JPNS serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut beliau, antara usaha yang dilaksanakan termasuk pembinaan dan naik taraf sekolah, penyediaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program motivasi murid luar bandar, bantuan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan serta pelbagai program intervensi bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meneruskan pelbagai bantuan pendidikan menerusi 14 inisiatif sedia ada, termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA).

โ€œSelain itu, Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menyediakan pelbagai bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini,โ€ katanya.

Beliau berkata, semua bantuan dan inisiatif yang disediakan bertujuan membantu generasi muda mencapai kecemerlangan pendidikan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri pada masa hadapan.

๐—š๐—ฃ๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฐ.๐Ÿด๐Ÿฑ
Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan atas pencapaian cemerlang Sabah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Menurutnya, peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.00 pada 2024 kepada 4.85 pada 2025 membuktikan komitmen tinggi serta dedikasi warga pendidik dalam meningkatkan mutu pendidikan negeri.

โ€œPencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan Sabah pada masa hadapan,โ€ katanya.

๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—ง๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
Hajiji turut menegaskan bahawa guru merupakan tonggak utama pembangunan negara kerana bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu, malah membentuk sahsiah, nilai murni dan jati diri generasi masa depan. Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas komitmen, keikhlasan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan amanah mendidik anak bangsa.

pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI).

Exit mobile version