DUN Sabah mulakan sidang penggal baharu, Hajiji dahului angkat sumpah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mendahului barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat dalam upacara rasmi yang berlangsung di Dewan Mesyuarat Negeri, pada Khamis.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M. Yahya, menandakan bermulanya penggal baharu pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum Sabah ke-17.

Selesai majlis angkat sumpah Hajiji, istiadat diteruskan dengan barisan Timbalan Ketua Menteri, menteri-menteri kabinet negeri, Ketua Pembangkang, Pembantu Menteri serta semua ADUN dipilih.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menandatangani surat sumpah memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di Dewan Mesyuarat DUN Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis

Turut mengangkat sumpah ialah enam ADUN dilantik, masing-masing:

  • Datuk Mohamed Razali Razi
  • Datuk Abdul Kassim Razali
  • Datuk Caesar Mandela Malakun
  • Datuk Ir Chin Shu Ying
  • Datuk Roger Chin Ken Fong
  • Puan Grace Lee Li Mei

Pelantikan mereka melengkapkan komposisi Dewan Undangan Negeri bagi penggal baharu pentadbiran, yang dijangka memberi tumpuan kepada pelaksanaan fasa seterusnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bermula tahun hadapan.

Sementara itu, Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2026 oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dijadualkan berlangsung pada esok (Jumaat), pada jam 3 petang.

Belanjawan 2026 yang bertemakan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat itu dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan luar bandar, pemantapan utiliti asas serta pengurusan fiskal yang lebih berkesan bagi menyokong agenda SMJ 2.0.

— TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles