Musa, Hajiji santuni warga TLDM dalam majlis berbuka puasa

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Masjid Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, pada Khamis.

Musa hadir bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Faridah Tussin, manakala Hajiji turut diiringi isteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag.

Majlis tersebut memberi peluang kepada pemimpin negeri untuk menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran sempena bulan Ramadan.

Program dimulakan dengan tazkirah ringkas sebelum para hadirin berbuka puasa bersama dan seterusnya menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; serta Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris. Majlis berkenaan turut mencerminkan penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan dan khidmat bakti anggota TLDM dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles