TYT, Ketua Menteri santuni Majlis Berbuka Puasa DBKK

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman bersama isteri, Faridah Haji Tussin berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung di Magellan Sutera Resort, pada Isnin.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Menteri, Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan; barisan Pembantu Menteri; serta Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Sabin Samitah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf pada Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Grand Ballroom, The Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu pada Isnin.

Ketibaan Tun Musa dan isteri pada jam 6 petang disambut pengurusan tertinggi DBKK serta pegawai kanan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, golongan asnaf dan wakil masjid sebagai tanda keprihatinan sempena Ramadan. Acara diteruskan dengan tazkirah dan bacaan doa sebelum hadirin berbuka puasa bersama tepat jam 6.29 petang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Al-Ramadhan Kg. Kalansanan pada
Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Grand Ballroom, The Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu pada Isnin.

Selepas berbuka, para tetamu menunaikan solat Maghrib secara berjemaah diikuti jamuan makan malam yang diserikan dengan persembahan selingan. Majlis kemudian diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum diakhiri dengan moreh. Penganjuran majlis tersebut mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan dalam mengimarahkan Ramadan dan menyantuni golongan memerlukan.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles