Sambutan Aidilfitri kukuhkan hubungan Sabah–Indonesia

KOTA KINABALU:Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, bersama Toh Puan Hajah Faridah Tussin, serta Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Aidilfitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu 1446H/2026M yang berlangsung di Wisma Indonesia, di sini, pada Sabtu.

Ketibaan tetamu kehormat disambut oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Bapak Noorman Effendi, bersama isteri.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni, dengan kehadiran pelbagai lapisan tetamu jemputan yang mencerminkan hubungan erat antara Sabah dan komuniti Indonesia.

Acara diteruskan dengan jamuan Aidilfitri serta diiringi persembahan nyanyian yang menambah kemeriahan majlis. Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim Haji M. Yahya, serta Timbalan Speaker, Datuk Al Hambra Juhar.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles