Pertambahan Kerusi Parlimen selaras MA63 :Hajiji

TUARAN: Cadangan menambah kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak adalah langkah tepat dan selaras dengan semangat serta peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Menurut Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu, MA63 memperuntukkan bahawa Sabah dan Sarawak sewajarnya memiliki sekurang-kurangnya satu pertiga jumlah keseluruhan kerusi Parlimen, bagi memastikan suara kedua-dua wilayah Borneo itu kekal signifikan dalam struktur Persekutuan.

Hajiji berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

“Ya, ini sememangnya perkara yang telah lama ditunggu oleh Sabah dan Sarawak. Kita mahu jumlah kerusi yang lebih adil dan seimbang seperti yang digariskan dalam MA63.

“Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang besar, maka wajar diberikan pertimbangan khusus dalam menambah bilangan kerusi Parlimen,” katanya.

Penyokong dan jentera GRS Sulaman hadir meraikan sesi pertemuan bersama Ketua Menteri di Dewan Rumpun Bajau Samah.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pertemuan bersama jentera pilihan raya GRS Sulaman di Dewan Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik.

Hajiji berkata pertambahan kerusi Parlimen bukan hanya keperluan sejarah berdasarkan MA63, tetapi juga keperluan semasa kerana beberapa kawasan Parlimen di Sabah terlalu besar dari segi geografi dan jumlah penduduk.

“Sebagai contoh, Kinabatangan sebesar Pahang tetapi hanya ada satu kerusi Parlimen. Begitu juga Tuaran yang lebih besar daripada Perlis, namun mempunyai hanya satu kerusi.

“Justeru, langkah untuk menambah kerusi Parlimen ini sangat wajar dan relevan dengan keadaan demografi Sabah hari ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas komitmen tersebut.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri,” katanya ringkas.

— TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles