Masidi terima kunjungan hormat KOPEKS, SDB

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,  menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Berhad (KOPEKS) di pejabatnya, pada isnin di sini.

Kunjungan berkenaan diketuai Pengerusi KOPEKS, Datuk Dr. Haji Saat Haji Ag Damit, bersama Ketua Pegawai Eksekutif KOPEKS, Buvil Angkui, bagi membincangkan hala tuju strategik koperasi serta usaha memperkukuh peranan KOPEKS dalam menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan ahli.

Dalam pertemuan itu, Masidi memberi beberapa pandangan dan cadangan strategik agar KOPEKS terus memanfaatkan peluang perniagaan sedia ada, di samping meneroka bidang baharu yang berpotensi untuk memperkukuh daya saing dan kelestarian koperasi dalam jangka panjang.

Beliau turut menggalakkan KOPEKS agar mengamalkan tadbir urus yang baik, memperkemas pengurusan kewangan serta memanfaatkan inovasi dan pendigitalan dalam operasi, sejajar dengan keperluan semasa landskap ekonomi yang semakin mencabar.

“Peranan koperasi bukan sahaja penting dalam menjaga kebajikan ahli, malah berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri sekiranya diurus secara cekap, berintegriti dan berdaya saing,” katanya.

Datuk Seri Masidi menerima cenderahati daripada Datuk Dr Yusuf dan mengambil gambar kenangan bersama rombongan SDB.

Pada hari sama, Masidi turut menerima kunjungan hormat daripada Sabah Development Berhad (SDB) yang diketuai Pengerusinya, Datuk Dr. Yusof Yacob, bersama wakil pengurusan syarikat berkenaan bagi membincangkan perkara berkaitan peranan SDB dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri. Dalam pertemuan dengan KOPEKS itu, Buvil Angkui turut menyampaikan naskhah buku hasil tulisannya bertajuk Competent CEO kepada Masidi sebagai tanda kenang-kenangan serta perkongsian pemikiran mengenai kepimpinan dan pengurusan organisasi.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles