Fitnah media sosial cetus keresahan, Pemuda Gagasan Rakyat bertindak

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)mengambil serius penyebaran satu hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi tuduhan liar, fitnah serta penghinaan terhadap Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Pemuda parti berkenaan, Datuk Azrul Ibrahim bersama barisan pimpinan Pemuda telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Laporan tersebut dibuat berhubung satu hantaran Facebook yang didakwa berunsur fitnah, palsu serta berpotensi mengganggu ketenteraman awam, khususnya berkaitan dakwaan kononnya Ketua Menteri telah menyerahkan sebahagian wilayah Sabah kepada negara Indonesia.

Menurut kenyataan itu, hantaran berkenaan dimuat naik oleh individu menggunakan nama “Mick Goviind”, selain turut disokong komen oleh seorang lagi individu menggunakan nama “Mike Lius”.

Kenyataan dalam hantaran tersebut didakwa membawa maksud bahawa Ketua Menteri telah menyerahkan Pulau Sebatik kepada Indonesia, sekali gus menimbulkan kekeliruan serta persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

MEDIA: Azrul ketika ditemui media selepas membuat laporan polis berhubung isu hantaran fitnah terhadap

Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan bersifat fitnah serta berniat jahat.

“Kenyataan itu jelas mengelirukan rakyat, mencetuskan kebencian terhadap kepimpinan negeri serta berpotensi menimbulkan keresahan awam,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa agar siasatan segera dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti individu terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang sedia ada.

Antara undang-undang yang dirujuk termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam masa sama, Pemuda Gagasan Rakyat turut memohon kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Luar Negeri Malaysia, agar memberikan penjelasan rasmi secara segera dan menyeluruh berhubung isu tersebut bagi mengelakkan manipulasi berterusan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami menegaskan bahawa sebarang penyebaran fitnah dan maklumat tidak sahih tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana boleh mengelirukan rakyat serta menggugat keharmonian masyarakat,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles