Delegasi GRS diketuai Hajiji hadiri Kongres Nasional KEADILAN di MITC

MELAKA:Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, di sini, Sabtu.

Hajiji hadir sebagai jemputan khas bersama beberapa pemimpin dan wakil rakyat GRS pada kongres yang menghimpunkan kepimpinan serta perwakilan KEADILAN dari seluruh negara.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam; Datuk Rubin Balang; Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Datuk James Ratib; Datuk Mohd Razali Mohd Razi; serta Syed Ahmad Syed Abas.

Kehadiran Hajiji dan delegasi GRS turut mencerminkan hubungan serta kerjasama antara kepimpinan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan dalam kerangka pentadbiran negara.

Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang membawa tema “Memugar Reformasi, Membina Madani” dirasmikan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles