Masidi teliti buku belanjawan 2026, fokus pembangunan & kesejahteraan rakyat

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun melakukan semakan terakhir terhadap Buku Belanjawan 2026 bertemakan “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan” sebagai persiapan sebelum pembentangannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Jumaat ini.

Buku Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan pada jam 3 petang, sekali gus menjadi dokumen penting yang mencerminkan hala tuju fiskal dan pembangunan negeri bagi tahun hadapan.

Penyerahan Buku Belanjawan 2026 disempurnakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Sofian Alfian Nair, bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan), Chee Shok Ting, serta Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir.

Turut hadir menyaksikan sesi semakan itu ialah Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ben Chong dan Datuk Mohd Ishak Ayub, selain pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan Sabah.

Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan kepada kesinambungan pembangunan ekonomi negeri, pengukuhan kedudukan kewangan Sabah serta peluasan program kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan keperluan semasa rakyat.

— TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles