Tinggalkan STAR, Razzidin Robert tekad terus berbakti kepada masyarakat

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Razzidin Robert, mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Razzidin berkata keputusan tersebut dibuat selepas pertimbangan yang teliti, dengan mengambil kira hala tuju peribadi serta keperluannya untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat dengan pendekatan yang lebih sesuai.

“Ia bukan keputusan yang mudah, namun saya percaya ini adalah langkah yang paling wajar pada ketika ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli serta penyokong yang telah memberikan kepercayaan, ruang dan kerjasama kepada saya sepanjang berada dalam parti,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak lagi bersama STAR, beliau tetap komited untuk terus berbakti kepada masyarakat Sabah, khususnya di kawasan Parlimen Keningau.

“Saya akan meneruskan khidmat kepada rakyat dengan cara yang lebih sesuai demi kepentingan masyarakat setempat,” katanya.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles