KOTA KINABALU:Kemasukan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai parti komponen baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disifatkan sebagai langkah positif yang mampu memperkukuh perpaduan politik serta kestabilan pentadbiran negeri.
Bekas Pengerusi Tetap Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi GRS menerima UPKO mencerminkan kematangan politik serta semangat kerjasama yang semakin kukuh dalam kalangan parti-parti tempatan Sabah.
Menurut beliau, penyertaan UPKO akan memperluaskan lagi kekuatan gabungan itu, selain memperteguhkan hala tuju GRS dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
โKemasukan UPKO menunjukkan kesediaan parti-parti tempatan untuk bergerak dalam satu platform yang lebih kukuh demi memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
โPerpaduan yang telah dibina ini perlu terus diperkasakan kerana ia merupakan asas penting kepada kemajuan dan kemakmuran Sabah,โ katanya dalam satu kenyataan hari ini.
๐๐ฅ๐ฆ ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐ถ๐ป๐ธ๐น๐๐๐ถ๐ณ, ๐บ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ถ ๐ฐ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐๐ฎ ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป
Yazid turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan serta semua parti komponen GRS yang berjaya mencapai kata sepakat berhubung penerimaan UPKO sebagai anggota baharu gabungan tersebut.
Beliau berkata, penyertaan UPKO dijangka menjadikan GRS lebih inklusif dan berupaya memperkukuh lagi kedudukannya dalam menghadapi pelbagai cabaran politik dan pembangunan pada masa hadapan.
Pada masa sama, beliau berharap UPKO dapat memainkan peranan aktif dalam memperkasakan agenda perjuangan GRS yang berteraskan prinsip Sabah First dan Sabah United.
โDengan penyertaan UPKO, saya yakin GRS akan menjadi lebih mantap dan berupaya memperjuangkan kepentingan Sabah secara lebih berkesan menerusi kerjasama erat semua parti komponen,โ katanya.
๐จ๐๐ฎ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฒ๐๐ฎ๐ฎ๐ป
Yazid turut menyeru semua parti dalam gabungan itu agar terus mengetepikan perbezaan serta mengutamakan kepentingan negeri demi memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah dapat terus dipertingkatkan. Menurutnya, perpaduan dan kerjasama antara parti-parti tempatan merupakan faktor penting dalam memastikan Sabah terus bergerak maju serta mampu menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin dan berkesan.

