Pemimpin dekati rakyat melalui rumah terbuka

RANAU: Penganjuran majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, di samping memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja menjadi ruang pertemuan santai, malah mampu menyemai nilai kebersamaan serta keharmonian dalam kalangan penduduk setempat.

KENANGAN:Masidi (tengah, duduk) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Ranau.

“Majlis seperti ini memberi peluang kepada pemimpin untuk mendekati rakyat secara lebih dekat dalam suasana mesra, sekali gus memperkukuh hubungan antara masyarakat dan kepimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri beberapa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini, baru-baru ini.

Antara majlis yang dihadiri termasuk anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saujana Kinabalu serta kunjungan ke kediaman Datuk Amisah Yassin.

Dalam kunjungan itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan menyantuni ahli parti serta masyarakat setempat dalam suasana penuh harmoni dan muhibah.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles