Kunjung-mengunjung jadi teras keharmonian masyarakat berbilang kaum

SANDAKAN: Amalan kunjung-mengunjung sempena musim perayaan terus diperkasa sebagai tradisi penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri memberi ruang terbaik kepada masyarakat untuk saling ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan serta memperkukuh hubungan kekeluargaan dan persahabatan tanpa mengira latar belakang.

Budaya rumah terbuka yang diamalkan turut mencerminkan nilai murni masyarakat Sabah, sekali gus menjadi asas kepada keharmonian dan kestabilan sosial yang dinikmati selama ini.

Suasana itu jelas terpancar dalam kunjungan ke kediaman Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Labuk, Aneh Jambri, di Grand Villa, di sini, hari ini.

MESRA: Redonah bersama pimpinan Wanita Gagasan Rakyat setempat merakamkan gambar kenangan sempena kunjungan Aidilfitri di kediaman Anna Bell .

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri; Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) , Datuk Redonah Bahanda; Naib Ketua Wanita, Datuk Aziah Atoh; serta beberapa pemimpin wanita dari kawasan sekitar.

Dalam perkembangan berkaitan, Redonah turut menghadiri majlis kesyukuran Aidilfitri di kediaman Datuk Anna Bell Perian di Park View Villa, IJM Sandakan.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles