Hajiji sertai Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dipengerusikan Anwar

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-150 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau pada mesyuarat berkenaan turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman.

PERTEMUAN PEMIMPIN NEGERI:Hajiji menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bangunan Perdana Putra.

Mesyuarat itu menghimpunkan Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi membincangkan perkara berkaitan pentadbiran serta kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Sementara itu, Hajiji dijadual mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 yang akan berlangsung selama dua hari di Istana Negara, Kuala Lumpur, bermula esok.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles