Hajiji santuni rakyat, sampaikan sumbangan Ramadan di Tuaran

TUARAN:Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama, di sini pada Isnin.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas dan orang kurang upaya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama, Tuaran pada Isnin.

Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) itu merupakan sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat yang memerlukan di samping mengimarahkan bulan Ramadan.

Program berkenaan turut diisi dengan tazkirah Ramadan, diikuti majlis berbuka puasa sebelum para hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas dan orang kurang upaya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama, Tuaran pada Isnin.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Haji Daya; ADUN Dilantik, Datuk Haji Abdul Kassim Haji Razali; Pengarah YKS, Datuk Hajah Diyanah Abdullah; Pegawai Daerah Tuaran, Encik Ibrahim Terki; Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Naim Uddang; serta Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan dan kesyukuran, sekali gus memperkukuh hubungan antara kepimpinan negeri dan masyarakat setempat sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles