Hajiji dan isteri hadiri ‘Royal Mess Night’, tanda penghormatan kepimpinan Negeri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag menghadiri majlis ‘Royal Mess Night’ sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di sini, semalam.

Ketibaan Hajiji dan Juliah kira-kira jam 7.45 malam disusuli keberangkatan tiba Musa bersama isteri, Faridah Tussin, sebelum diiringi ke sesi bergambar rasmi dan perarakan masuk ke meja utama.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan lagu negeri Sabah Tanah Airku, diikuti perarakan Panji-Panji Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke dalam dewan sebagai simbol penghormatan.

ACARA UTAMA: Para tetamu jemputan melakukan toast-minum ucap selamat pada ‘Royal Mess Night’.

Upacara diteruskan dengan tradisi minum ucap selamat (toast) yang menjadi antara kemuncak majlis, melambangkan taat setia serta penghormatan kepada institusi negara dan kepimpinan.

Antara acara utama ialah Toast 1 bagi minum ucap selamat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, diikuti Toast 2 kepada Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri, serta Toast 3 kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan negara.

Pengisian lain termasuk upacara memotong kek, penyampaian cenderahati serta persembahan hiburan yang diiringi oleh Kombo PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Majlis berlangsung dalam suasana penuh istiadat, tertib dan berprestij, sekali gus mencerminkan penghormatan tinggi terhadap kepimpinan negeri dan institusi negara.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles