Site icon Gabungan Rakyat Sabah

ADUN Sungai Manila mohon tangguh perobohan,beri ruang penduduk buat persediaan

RAYUAN: Hazem berkata pihaknya memohon JTU menangguhkan tindakan perobohan selama enam bulan demi memberi ruang penduduk membuat persediaan sebelum berpindah ke lokasi baharu.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa memohon Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menangguhkan tindakan perobohan rumah dan gerai di Kampung Gayan Sibugal selama enam bulan, bagi memberi ruang kepada penduduk membuat persediaan sebelum berpindah.

Hazem berkata, penangguhan itu penting bagi memastikan kebajikan penduduk yang terlibat terus terpelihara, selain membolehkan proses perpindahan dilaksanakan secara lebih tersusun dan berperikemanusiaan.

โ€œKita memohon supaya JTU mempertimbangkan penangguhan selama enam bulan agar penduduk mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan sebelum berpindah ke lokasi baharu,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan serta sesi perjumpaan bersama penduduk Kampung Gayan Sibugal, di sini, Ahad.

Turut hadir wakil JTU, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) serta beberapa agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu yang dibangkitkan penduduk dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

PRIHATIN: Sebahagian warga Kampung Gayan Sibugal hadir dalam sesi dialog bersama Hazem serta wakil JTU dan MPS bagi mendapatkan penjelasan serta membincangkan penyelesaian terbaik berhubung isu perobohan rumah dan gerai di kampung itu.

๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Menurut Hazem, semua pihak perlu bertimbang rasa dan mengambil kira rayuan penduduk demi memastikan kesejahteraan mereka terus terjamin.

โ€œKeutamaan kita adalah memastikan kebajikan penduduk sentiasa diberi perhatian dalam menangani isu ini,โ€ katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penangguhan yang dipohon, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk membantu penduduk mendapatkan penempatan yang lebih sesuai melalui saluran serta prosedur yang ditetapkan.

โ€œDalam tempoh ini, kita akan membantu penduduk mencari tanah yang boleh dipohon mengikut saluran yang betul,โ€ katanya.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ผ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
Mengulas mengenai peniaga yang terjejas, Hazem berkata mereka dibenarkan meneruskan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh penangguhan berkenaan.

Menurutnya, terdapat peniaga yang telah merobohkan premis masing-masing namun memohon untuk terus berniaga menggunakan kanopi sementara.

โ€œMPS turut mencadangkan beberapa lokasi yang bersesuaian sebagai tapak perniagaan sementara. Mereka boleh mengemukakan permohonan dan kita akan menguruskannya secara lebih teratur berdasarkan agihan lot yang ditetapkan,โ€ katanya.

๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ
Dalam pada itu, Hazem berkata pertemuan bersama penduduk turut memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pelbagai isu lain yang dihadapi di kawasan berkenaan. โ€œApa juga perkara yang dibangkitkan oleh penduduk akan diberikan perhatian dan diteliti untuk tindakan susulan,โ€ katanya.

Exit mobile version