Hajiji terima kunjungan hormat Panglima Divisyen Kelima

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu, Shamsor Haji Jaafar di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan negeri selain perkara-perkara melibatkan operasi dan peranan Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi.

Ketua Menteri turut menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk terus bekerjasama erat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan Sabah sentiasa terpelihara.

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Shamsor Haji Jaafar sempena kunjungan hormat di Menara Kinabalu.

Shamsor yang dilantik sebagai Panglima Divisyen Kelima Infantri berkuat kuasa 30 Januari lalu, mengambil alih tugas daripada Noorrul Azril Ariffin.

Beliau hadir diiringi Pegawai Staf, Leftenan Kolonel Ahmad Zurairi Muda dan Kapten Ameer Ashraf Masudi. Kunjungan hormat itu mencerminkan hubungan kerjasama yang berterusan antara kerajaan negeri dan pihak keselamatan dalam usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta mempertahankan keamanan negeri.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles