PBS Kundasang anjur Rumah Terbuka Krismas perkukuh perpaduan rakyat Ranau

RANAU: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Krismas 2025 dan Tahun Baharu 2026 yang akan diadakan pada 18 Januari 2026 (Sabtu) di Dewan Masyarakat Ranau, bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Program anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Kundasang dengan kerjasama Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Ranau itu akan dihoskan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Pengerusi Penganjur, Yubidi Gompoyo berkata, majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran sempena sambutan Krismas 2025 serta menyambut kedatangan Tahun Baharu 2026.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Kundasang berkata, penganjuran program itu bertujuan mengeratkan perpaduan, memperkukuh silaturahim serta memupuk keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di daerah Ranau.

“Program ini mencerminkan komitmen berterusan PBS dalam memupuk semangat kebersamaan, toleransi dan saling menghormati, yang menjadi asas keharmonian rakyat Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai tanpa mengira latar belakang untuk hadir memeriahkan majlis berkenaan, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan serta memulakan tahun baharu dalam suasana penuh kesyukuran dan muhibah.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles