Hazem hargai kepercayaan Hajiji, komited pimpin GLC Sabah

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa, menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

Hazem berkata, pelantikan beliau sebagai Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera merupakan satu amanah besar yang mencerminkan keyakinan kepimpinan negeri terhadap keupayaannya.

“Saya amat menghargai kepercayaan ini. Ia adalah satu tanggungjawab besar yang diberikan oleh Ketua Menteri, Hajiji Haji Noor, dan saya akan melaksanakannya dengan penuh komitmen serta integriti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan kerja ke pejabat Sawit Kinabalu, termasuk menerima taklimat mengenai operasi semasa serta hala tuju strategik GLC berkenaan.

Menurut Hazem, kepercayaan yang diberikan menjadi pendorong untuk memastikan kedua-dua GLC terus mencatat prestasi cemerlang, selari dengan aspirasi pembangunan negeri.

“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kedua-dua GLC ini terus berdaya saing dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Sabah. Amanah ini akan saya pikul dengan penuh rasa tanggungjawab,” katanya.

–TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles