KOTA KINABALU:Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan parti itu untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan parti-parti tempatan di negeri ini.
Ketua Wanita UPKO, Mohina Sidom berkata, penyertaan parti itu dalam GRS selari dengan aspirasi memperkukuh identiti politik tempatan serta memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah berlandaskan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurut beliau, keputusan tersebut turut mencerminkan komitmen UPKO untuk bersama-sama memperkukuh kestabilan politik negeri dan menyokong agenda pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.
โPenyertaan UPKO dalam GRS selaras dengan semangat Sabah First yang menjadi teras perjuangan parti, selain memperkukuh kestabilan politik dan memacu pembangunan negeri secara lebih berkesan.
โKami percaya kerjasama ini akan memperkukuhkan suara parti-parti tempatan dalam memperjuangkan hak Sabah serta memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, inklusif dan menyeluruh,โ katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Nabalu News, hari ini.
๐๐๐ธ๐ฎ ๐ฅ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ ๐๐ฆ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐จ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป
Mohina berkata, penyertaan UPKO dalam GRS turut membuka ruang yang lebih luas untuk memperkasa usahawan tempatan, memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Beliau berkata, usaha tersebut selari dengan agenda pembangunan ekonomi dan keusahawanan yang diterajui Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, khususnya dalam memperluaskan peluang ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah.
โKerjasama dalam GRS diyakini mampu memperkukuh kestabilan politik negeri, sekali gus mempercepat pelaksanaan dasar pembangunan yang lebih inklusif, mampan dan berimpak tinggi kepada rakyat,โ katanya.
๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐จ๐ฃ๐๐ข ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐๐ธ๐๐ถ๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ด๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป
Mohina turut menegaskan komitmen Wanita UPKO untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan parti serta memainkan peranan aktif dalam menjayakan agenda pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pengukuhan hak-hak Sabah. โWanita UPKO akan terus menjadi rakan penting dalam memperkukuh perjuangan parti demi memastikan suara rakyat terus didengar, kepentingan Sabah terus dipertahankan dan pembangunan negeri dapat dipacu secara berterusan,โ katanya.

