KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara meluluskan penyertaan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai parti komponen baharu gabungan itu, berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS selepas mengambil kira keserasian perjuangan UPKO dengan aspirasi dan hala tuju gabungan berkenaan.
Menurut beliau, kemasukan UPKO akan memperkukuh lagi kedudukan parti-parti tempatan dalam kerajaan negeri serta mengukuhkan kestabilan politik Sabah.
โPenerimaan UPKO selaras dengan prinsip perjuangan GRS iaitu Sabah First dan Sabah United, sekali gus memperkasakan kerjasama antara parti-parti tempatan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri,โ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali; Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam; Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman; Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin; serta Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.
๐จ๐ฃ๐๐ข ๐ ๐ผ๐ต๐ผ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ฅ๐ฆ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฎ๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ
UPKO secara rasmi mengemukakan permohonan menyertai GRS pada 29 Mei lalu menerusi surat yang diserahkan Presidennya, Datuk Ewon Benedick kepada Hajiji.
Dengan kemasukan UPKO, GRS kini dianggotai enam parti komponen utama iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), PBS, LDP, PHRS, PCS dan UPKO.
๐๐ป๐ฎ๐บ ๐ญ๐ผ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฅ๐จ ๐๐ถ๐๐๐ท๐๐ฑ๐ธ๐ฎ๐ป
Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jentera parti di seluruh kawasan Parlimen di Sabah.
Bagi tujuan itu, GRS melantik semua presiden parti komponen untuk mengetuai enam zon pemantauan yang bertanggungjawab menyelaras persediaan serta menilai kesiapsiagaan bahagian di kawasan masing-masing.
Hajiji akan mengetuai Zon Satu meliputi Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Tuaran, manakala Masidi menerajui Zon Dua yang merangkumi Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
Anifah pula dilantik mengetuai Zon Tiga melibatkan Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang, sementara Joachim mempengerusikan Zon Empat yang merangkumi Ranau, Keningau, Pensiangan dan Tenom.
Zon Lima yang melibatkan Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Beluran dan Kinabatangan diketuai Chin, manakala Zon Enam meliputi Tawau, Kalabakan, Lahad Datu dan Semporna diterajui Liew.
โWalaupun tempoh Parlimen masih berbaki sehingga hujung tahun depan, kita perlu membuat persiapan lebih awal bagi memastikan jentera parti berada dalam keadaan terbaik,โ katanya.
๐๐ฅ๐ฆ ๐ฆ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฏ๐๐ฎ๐ป
Hajiji turut menegaskan bahawa GRS berhasrat meletakkan calon di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah serta satu kerusi Parlimen Labuan pada pilihan raya akan datang.

