KOTA KINABALU:Datuk Zainudin Aman hari ini menerima watikah pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dalam satu majlis rasmi di sini.
Zainudin, yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baharu berkuat kuasa 29 Jun 2026, menggantikan Datuk Seri Panglima Safar Untong yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun ini.
Hajiji berkata, pelantikan Zainudin diharap dapat memperkukuh lagi keupayaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dalam meneruskan agenda transformasi pentadbiran ke arah sistem penyampaian yang lebih cekap, progresif dan berdaya saing.
Menurut beliau, kepimpinan baharu itu juga diyakini mampu memastikan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri berjalan dengan lebih berkesan demi kemakmuran rakyat serta pembangunan berterusan Sabah.
โKerajaan negeri yakin pengalaman dan kepimpinan beliau akan terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam negeri serta memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat,โ katanya.
๐ฆ๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ฟ ๐๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ง๐๐๐ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ
Dalam pada itu, Safar yang akan bersara daripada perkhidmatan awam pada 28 Jun ini telah dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Kerajaan Negeri Sabah. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Norlijah Danin, akan mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi menggantikan Zainudin.

