Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Sokongan kepada GRS demi kestabilan politik Sabah jelas Kitingan

Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan (kiri) hadir sebagai penyokong kerajaan pada persidangan pertama DUN Sabah ke-17 di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, menegaskan bahawa keputusannya menyokong Kerajaan Negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah selaras dengan kehendak majoriti ahli parti serta ketua-ketua bahagiannya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu, keputusan tersebut dibuat atas asas memastikan kestabilan politik selepas Pilihan Raya Negeri ke-17, memandangkan GRS tidak memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

โ€œGRS telah mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan demi kestabilan politik, dan itu turut menjadi hasrat STAR. Maka adalah wajar dan munasabah bagi kami menyokong kerajaan perpaduan ini. Pilihan raya telah selesai, dan kini masa untuk kita berkhidmat kepada rakyat,โ€ katanya ketika dihubungi.

๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต:
Jeffrey menegaskan bahawa keputusan memberi sokongan kepada kerajaan tidak bermakna STAR mengabaikan perjuangannya, terutama berkaitan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, STAR kekal konsisten memperjuangkan kepentingan negeri sama ada berada dalam kerajaan atau blok pembangkang.

โ€œSokongan ini tidak menggugurkan prinsip perjuangan STAR. Kami akan terus memperjuangkan hak Sabah tanpa mengira kedudukan politik,โ€ katanya.

๐—ž๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐——๐—จ๐—ก:
Jeffrey turut menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-17 pagi tadi sebagai penyokong kerajaan, sekali gus memperjelas kedudukannya selepas kekeliruan timbul susulan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan hasrat duduk di blok pembangkang.

Keputusan tersebut menamatkan spekulasi mengenai pendirian STAR dan mengukuhkan blok sokongan kepada Kerajaan Perpaduan Sabah yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

โ€” TAMAT

Exit mobile version