Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Sinergi kerajaan negeri dan USIA diperkukuh selaras aspirasi Sabah Maju Jaya 2.0

KUNJUNGAN HORMAT: Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad (empat kiri) menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sempena kunjungan hormat delegasi USIA di pejabatnya, Kota Kinabalu, Selasa.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan terus memberikan sokongan kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dalam melaksanakan peranannya sebagai institusi penting dalam pembangunan masyarakat Islam di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri mengiktiraf peranan institusi dakwah dan pembangunan insan sebagai pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat serta pembentukan generasi berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

โ€œSumbangan USIA dalam bidang dakwah, pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti telah banyak membantu usaha kerajaan memperkasa modal insan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad bersama rombongan di pejabatnya, di sini, Selasa.

Masidi turut merakamkan penghargaan atas komitmen berterusan USIA dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat, selain berharap hubungan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pertubuhan itu terus diperkukuhkan demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

PERBINCANGAN STRATEGIK: Delegasi USIA mengadakan sesi perbincangan bersama Masidi mengenai perkembangan organisasi serta projek-projek pembangunan termasuk Plaza Sipadan, The Play Ground Kota Kinabalu dan Pusat Latihan Dakwah USIAโ€“Al Bukhary.

๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ
Sementara itu, Sapawi berkata, kunjungan hormat tersebut menjadi platform penting bagi USIA membentangkan perkembangan semasa organisasi serta memperincikan pelbagai inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan.

โ€œDalam pertemuan ini, kami menyampaikan taklimat mengenai perkembangan USIA, selain membincangkan isu pembangunan ummah, cadangan kerjasama strategik serta usaha memperkukuh sinergi dengan kerajaan negeri,โ€ katanya.

Menurut beliau, delegasi USIA turut berpeluang mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Masidi berhubung peranan organisasi itu dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat di Sabah.

๐—˜๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป
Sapawi berkata, USIA turut membentangkan beberapa projek pembangunan di atas tanah miliknya yang sedang giat dilaksanakan, antaranya Projek Plaza Sipadan di Semporna, pembangunan The Play Ground Kota Kinabalu di Sembulan, pembinaan Pusat Latihan Dakwah (PLD) USIAโ€“Al Bukhary di Kota Marudu serta projek menaik taraf Bangunan Lama USIA di Bulatan Sembulan.

Beliau berkata, projek-projek berkenaan dijangka memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi, pendidikan, dakwah serta kesejahteraan masyarakat setempat.

DEMI PEMBANGUNAN UMMAH: Masidi dan Sapawi bergambar bersama selepas kunjungan hormat yang menzahirkan komitmen memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan USIA selaras aspirasi Sabah Maju Jaya.

๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ

โ€œUSIA turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa organisasi ini. โ€œSokongan tersebut menjadi pemangkin penting dalam memastikan USIA terus relevan sebagai organisasi dakwah dan pembangunan ummah di Sabah selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya,โ€ katanya.

Exit mobile version