TAMPARULI:Bekas Menteri Kabinet Sabah dan veteran Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Jahid Jahim, secara rasmi mengakhiri enam penggal kepimpinannya sebagai Ketua Bahagian PBS N.14 Tamparuli apabila menyerahkan tampuk kepimpinan kepada barisan baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-41 bahagian itu.
Dalam catatan yang dimuat naik menerusi Facebook, Jahid menyifatkan detik berkenaan sebagai antara lembaran paling bermakna dalam perjalanan politiknya selepas lebih dua dekad memimpin bahagian berkenaan dan berkhidmat kepada masyarakat Tamparuli.
Beliau berkata, sepanjang enam penggal memegang amanah sebagai Ketua Bahagian, pelbagai kenangan manis dan pahit dilalui bersama ahli parti serta rakyat, termasuk meraikan kejayaan dan berdepan cabaran yang menguji ketabahan.
โEnam penggal bukan sekadar angka. Ia adalah ribuan jabat tangan, jutaan doa, langkah yang tidak pernah berhenti menyusuri kampung demi kampung serta detik kita bersama menghadapi cabaran dan meraikan kejayaan,โ katanya.
๐ ๐ฒ๐บ๐ผ๐ต๐ผ๐ป ๐ ๐ฎ๐ฎ๐ณ ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ต๐ถ๐น๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ป
Jahid turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli parti dan rakyat Tamparuli yang terus memberikan kepercayaan serta sokongan sepanjang tempoh kepimpinannya.
Pada masa sama, beliau memohon kemaafan sekiranya sepanjang menjalankan amanah terdapat sebarang kekurangan atau keputusan yang tidak memenuhi harapan semua pihak.
โSaya bukan pemimpin yang sempurna. Sudah tentu ada kata-kata yang tersilap, keputusan yang tidak memenuhi harapan semua dan kekhilafan yang mungkin pernah melukakan hati sesiapa.
โDari lubuk hati yang paling dalam, saya bersama isteri menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan kami,โ katanya.
๐๐ฒ๐ฐ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ
Menurut Jahid, walaupun tidak lagi memimpin bahagian itu, komitmennya terhadap pembangunan Tamparuli tidak pernah berakhir.
Beliau berkata, seorang pemimpin mungkin mengakhiri jawatan, namun kecintaan terhadap rakyat akan terus kekal sepanjang hayat.
Justeru, beliau menyeru kepimpinan baharu PBS Bahagian Tamparuli supaya terus memelihara perpaduan parti, mengutamakan kepentingan rakyat serta melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
โPeliharalah perpaduan, utamakan rakyat dan jadikan amanah ini sebagai satu ibadah. Saya akan sentiasa bersama kalian, mungkin bukan lagi di hadapan, tetapi sentiasa berada di belakang mendoakan setiap langkah perjuangan,โ katanya.
Jahid merupakan antara pemimpin kanan PBS yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kabinet Sabah serta memainkan pelbagai peranan penting dalam pentadbiran negeri dan pembangunan kawasan Tamparuli sepanjang penglibatannya dalam arena politik.
๐๐ฟ. ๐๐ผ๐ป๐ฎ๐๐ฒ๐ป๐๐๐ฟ๐ฒ ๐ ๐๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฟ๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐
Pada AGM Ke-41 PBS Bahagian N.14 Tamparuli yang berlangsung di Dewan Tun Hamdan pada Isnin, Dr. Bonaventure Boniface dipilih sebagai Ketua Bahagian baharu bagi sesi 2026โ2029 selepas menewaskan Madin Anak dalam pertandingan dua penjuru. Pemilihan itu menandakan bermulanya era baharu kepimpinan PBS Tamparuli dengan komitmen untuk meneruskan perjuangan parti serta memperkukuh khidmat kepada rakyat.

