Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Sambutan Aidilfitri Azizah serlahkan nilai muafakat dan kebersamaan

KENANGAN:Azizah bergambar bersama ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya serta tetamu jemputan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau.

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun  di kediamannya berlangsung dalam suasana harmoni serta penuh semangat kekeluargaan pada Sabtu di sini.

Majlis yang bermula seawal jam 4.30 petang itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pemimpin wanita, saudara mara serta sahabat handai.

Antara yang hadir ialah ADUN Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya dan ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah.

Ketibaan para tetamu disambut mesra oleh Azizah dan keluarga.

MESRA:Azizah menyantuni ADUN Petagas, Awang Ahmad Sah ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya.

Pelbagai juadah tradisional Aidilfitri disajikan kepada tetamu, sekali gus menyerlahkan kemeriahan sambutan dalam suasana penuh muhibah.

Majlis berakhir sekitar jam 9.00 malam, meninggalkan kenangan bermakna kepada semua yang hadir.

Dalam pada itu, Azizah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tetamu yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.

SILATURAHIM: Azizah bersama tetamu yang hadir merakamkan kenangan pada sambutan Aidilfitri.

“Alhamdulillah, majlis ini memberi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, memperkukuh persaudaraan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir meraikan Aidilfitri bersama kami sekeluarga di penghujung Syawal ini,” katanya.

Exit mobile version