KOTA KINABALU:Sambutan Hari Ibu bukan sekadar medan menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu, malah menjadi platform penting untuk mengiktiraf peranan wanita sebagai tonggak keluarga, masyarakat dan pembangunan negara.
Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun berkata, wanita memainkan pelbagai peranan penting sebagai ibu, isteri, pemimpin, usahawan dan penggerak masyarakat yang menyumbang secara signifikan kepada kemajuan negeri dan negara.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Glamorous Saloma Night sempena Sambutan Hari Ibu 2026, anjuran Biro Kebudayaan dan Sosial PPS yang dipengerusikan oleh Puan Annie Lourdes, di sini semalam.
๐ฆ๐ฎ๐น๐ผ๐บ๐ฎ ๐ง๐ฒ๐น๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ถ๐ป๐ถ:
Menurut Azizah, pemilihan Allahyarhamah Saloma sebagai ikon majlis amat bertepatan kerana seniwati tersohor negara itu bukan sahaja dikenali atas bakat dan pencapaiannya dalam dunia seni, malah memiliki keperibadian yang wajar dijadikan teladan oleh wanita masa kini.
โSaloma bukan sahaja seorang anak seni yang hebat, tetapi juga seorang isteri yang setia, wanita yang dermawan, rajin berusaha, rendah diri serta sentiasa menjaga maruah diri dan keluarganya.
โNilai-nilai murni inilah yang perlu terus dihayati dan dicontohi oleh golongan wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan moden hari ini,โ katanya.
๐๐ฟ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ต๐ถ๐บ ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ด:
Azizah turut merakamkan penghargaan kepada PPS yang terus komited melaksanakan pelbagai program pembangunan wanita serta aktiviti kebajikan masyarakat sejak penubuhannya.
Beliau berkata, penganjuran majlis berkonsepkan nostalgia itu bukan sahaja meraikan Hari Ibu, malah berperanan mengeratkan silaturahim serta menyatukan wanita daripada pelbagai latar belakang dalam suasana harmoni dan penuh muhibah.
โSebagai wanita, kita perlu sentiasa menghargai diri sendiri, memperkasakan potensi yang dimiliki serta yakin bahawa wanita mampu menjadi pemimpin yang berjaya, usahawan yang cemerlang dan ibu yang menjadi inspirasi kepada keluarga serta masyarakat,โ katanya.
๐๐๐ธ๐๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต:
Azizah turut menggesa agar kerjasama antara pertubuhan wanita di Sabah terus diperkukuhkan bagi memastikan agenda pemerkasaan wanita dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, berkesan dan mampan.
Mengakhiri ucapannya, beliau menyeru seluruh masyarakat agar terus menghargai jasa serta pengorbanan golongan ibu dan wanita yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan keluarga dan kemajuan negeri.
โApabila kita menghormati dan menghargai diri sendiri sebagai wanita, orang lain juga akan menghormati dan menghargai kita. Wanita adalah kekuatan keluarga dan aset penting kepada kemajuan negeri serta negara,โ katanya.

