Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Sabah Softwoods sumbang RM1 juta kepada YKS, RM300,000 kepada Majlis Sukan Negeri Sabah

SUMBANGAN:Hajiji menyaksikan penyerahan replika cek oleh Arsad Bistari kepada Diyanah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri, Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji haji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM1 juta daripada Sabah Softwoods Berhad kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dalam satu majlis di Pejabat Ketua Menteri, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Isnin.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Sabah Softwoods Berhad, Datuk Arsad Bistari kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah.

Pada majlis sama, Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM300,000 daripada Sabah Softwoods Berhad kepada Majlis Sukan Negeri Sabah bagi menyokong pembangunan sukan di negeri ini.

Turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar serta Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods Berhad, Datuk Mohd Daud Tampokong.

Sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong agenda kebajikan masyarakat serta pembangunan sukan di Sabah.

Exit mobile version