Rumah terbuka perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sabah

KOTA KINABALU:Amalan rumah terbuka yang menjadi tradisi masyarakat di Sabah terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri ini.

Budaya tersebut bukan sahaja mencerminkan keunikan masyarakat berbilang bangsa dan agama, malah menjadi platform terbaik untuk merapatkan hubungan dalam suasana muhibah tanpa mengira latar belakang.

Glenna bersama kepimpinan LDP Bahagian Likas turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka dalam suasana penuh muhibah.

Di Sabah, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri diraikan secara terbuka dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama, sekali gus mencerminkan semangat toleransi serta kebersamaan yang tinggi.

Amalan ini turut dizahirkan dalam sambutan perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baharu Cina dan Pesta Kaamatan, yang diraikan bersama dalam semangat kekeluargaan dan saling menghormati.

Semangat perpaduan itu turut terserlah menerusi penganjuran majlis rumah terbuka oleh Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Shazlina Fong, di Riverson, yang berlangsung dalam suasana sederhana namun meriah dengan kehadiran tetamu daripada pelbagai latar belakang.

Antara yang hadir ialah Ketua Wanita Gagasan Rakyat Datuk Redonah Bahanda dan Exco , serta Ketua Wanita Liberal Democratic Party (LDP), Glenna Wong, yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Likas, bersama kepimpinan LDP Bahagian Likas .

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat pada majlis tersebut membuktikan bahawa semangat perpaduan dan keharmonian di Sabah terus kukuh serta menjadi contoh terbaik kepada seluruh negara. Sehubungan itu, amalan rumah terbuka wajar terus dipelihara dan diperkukuh sebagai simbol perpaduan serta identiti unik masyarakat Sabah yang harmoni dan bersatu padu.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles