Site icon Gabungan Rakyat Sabah

RM559.85 juta perkukuh keterjaminan makanan, SSR Sabah dipertingkat

KAAMATAN: Hajiji bersama barisan kepimpinan negeri pada majlis pelancaran Pesta Kaamatan.

PAPAR: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah tahun ini bagi memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan termasuk penubuhan Lembaga Padi dan Beras Sabah serta pembangunan jelapang padi di beberapa kawasan strategik seperti Papar, Membakut, Beaufort dan Kuala Penyu.

โ€œSesuai dengan semangat Pesta Kaamatan yang menghargai hasil tuaian, sektor pertanian kekal sebagai antara tiga tonggak utama yang memacu pertumbuhan ekonomi negeri di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0).

โ€œIni mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sekuriti makanan terus kukuh, khususnya dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di sini, Jumaat.

๐’๐จ๐ค๐จ๐ง๐  ๐ฉ๐ซ๐จ๐๐ฎ๐ค ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐ž๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐จ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ค:
Dalam pada itu, Hajiji menggalakkan rakyat Sabah untuk terus menyokong produk tempatan, khususnya hasil pertanian negeri, sebagai langkah memperkukuh ekonomi domestik.

Menurutnya, kemajuan pembangunan hanya dapat dicapai melalui perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

โ€œOleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Sabah untuk terus berganding bahu bersama kerajaan dalam menjayakan agenda pembangunan, khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0,โ€ katanya.

๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ฉ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ง:
Hajiji turut menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan inklusif dan seimbang di seluruh negeri.

Katanya, daerah Papar kini menunjukkan perkembangan pesat menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan komersial, termasuk di kawasan Benoni dan Kinarut.

โ€œSelepas siap sepenuhnya Lebuhraya Pan Borneo, Papar berpotensi menjadi lokasi persinggahan utama pelawat dari Brunei dan Sarawak.

โ€œDengan kewujudan Borneo Cultural Village dan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah, Papar mampu muncul sebagai daerah yang progresif dan berdaya saing,โ€ katanya.


๐Š๐š๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง
๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐๐ฎ๐š๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก:
Beliau berkata, pemilihan Papar sebagai tuan rumah pelancaran Pesta Kaamatan adalah bertepatan memandangkan daerah itu terkenal sebagai kawasan jelapang padi yang subur.

โ€œPapar bukan sahaja kaya dengan hasil pertanian, tetapi juga kaya dengan nilai budaya dan semangat kekitaan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam harmoni.

โ€œInilah cerminan sebenar wajah Sabah yang kita banggakan,โ€ katanya.

Tambah beliau, tema Kaamatan tahun ini, โ€˜Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonianโ€™, amat signifikan dalam menzahirkan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat negeri ini.

๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‘๐Œ๐Ÿ ๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Ÿ๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง:
Pada majlis sama, Hajiji turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan gelanggang futsal berbumbung lengkap dengan kemudahan grandstand di Papar.

Menurutnya, peruntukan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri yang sentiasa peka terhadap keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Exit mobile version