Rafie teruskan Program Ziarah Kasih dan santuni mangsa musibah di Keningau

KENINGAU: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Keningau merangkap Setiausaha Pemuda GRS , Rafie Robert meneruskan program Ziarah Kasih dengan mengadakan tiga kunjungan berasingan bagi menyantuni masyarakat yang ditimpa musibah di daerah ini.

Beliau berkata program berkenaan dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat selain mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

“Program seperti ini penting kerana ia memberi ruang kepada kita untuk turun padang menyantuni masyarakat, khususnya mereka yang sedang berdepan ujian dan kesusahan,” katanya.

Rafie (Tengah) menziarahi keluarga yang terlibat dengan kebakaran rumah di Kampung Kauran

Dalam kunjungan pertama, Rafie menziarahi keluarga mangsa kebakaran rumah yang berlaku tiga hari lalu di Kampung Kauran.

Pada kesempatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada keluarga terbabit bagi membantu meringankan beban selepas kehilangan tempat tinggal dalam kejadian berkenaan.

Beliau berharap bantuan tersebut dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga mangsa selain menyuntik semangat agar mereka terus tabah menghadapi dugaan.

Rafie menzahirkan salam takziah kepada keluarga Arwah Harizal Hasan Bin Asang di Hospital Keningau

Selain itu, Rafie turut menziarahi keluarga arwah Harizal Hasan Asang di Hospital Keningau bagi menzahirkan rasa simpati serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga terbabit.

Beliau turut mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat manakala keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian tersebut.

Dalam pada itu, program Ziarah Kasih turut diteruskan dengan kunjungan terhadap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bingkor, Jasri Matjakir.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh makna, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin parti sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Rafie berkata usaha menyantuni masyarakat akan terus diperkasakan kerana ia bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah menyemai semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles