Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Rafie Robert hulur sumbangan bantu pelajar Tahfiz ke Konvokesyen Huffaz

Ketua Sekretariat BMBR, Garrett Patrick, mewakili Rafie Robert menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Pusat Tahfiz Ar Rahmah Keningau, Tuan Guru Ustaz Hisammuddin Sulaiman.

KENINGAU: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Keningau, Rafie Robert, menyalurkan sumbangan kewangan kepada Pusat Tahfiz Ar Rahmah Keningau bagi membantu pembiayaan tujuh pelajar yang terpilih menghadiri Majlis Konvokesyen Huffaz 2.0.

Pelajar terbabit ialah Muhammad Irfan Mohamad, Amirul Haziq Lahirul, Muhd Hamizan Hamzah, Iezzuddin Abdus Salam, Shahrul Akhbar Hisammudin, Nurul Nabilah dan Najmi Hakim Lahirul, yang akan diiringi Ustaz Hisammuddin Sulaiman dan Puan Noor Ain Mohd Tahir.

Majlis konvokesyen itu dijadualkan berlangsung pada 31 Januari 2026 di Dewan Al-Bukhary, Kedah, dengan penyertaan para huffaz dari seluruh negara.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Sekretariat BMBR, Garrett Patrick, mewakili Rafie Robert, kepada Pengurus Pusat Tahfiz Ar Rahmah Keningau, Tuan Guru Ustaz Hisammuddin Sulaiman.

Rafie berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban pengurusan pusat tahfiz, selain memberi dorongan kepada pelajar agar terus cemerlang dalam bidang hafazan al-Quran serta berjaya di dunia dan akhirat.

Sementara itu, Ustaz Hisammuddin merakamkan penghargaan kepada Rafie atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap pembangunan institusi tahfiz serta pendidikan Islam di Keningau.

–TAMAT

Exit mobile version