Program santai di Kampung Wallou eratkan hubungan pemimpin dan rakyat

PAGINATAN:Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, terus mendekati masyarakat akar umbi apabila berkunjung ke Kampung Wallou bagi meluangkan masa bersama penduduk setempat dalam program santai komuniti yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Abidin, pendekatan turun padang seperti ini amat penting bagi memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, di samping memberi ruang untuk mendengar sendiri pandangan serta keperluan masyarakat di kawasan luar bandar.

Datuk Abidin Madingkir, bergambar kenangan bersama penduduk semasa program santai di Kampung Wallou — simbol keakraban dan semangat kekeluargaan antara pemimpin serta masyarakat setempat.

“Program santai sebegini bukan sahaja mempererat hubungan, malah menjadi saluran komunikasi dua hala yang berkesan antara pemimpin dan rakyat.

“Ia juga membantu memperkukuh kepercayaan serta sokongan terhadap usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Abidin berkata, beliau sentiasa mengutamakan pendekatan mesra rakyat dalam setiap program yang dijalankan, kerana keutamaan sebenar kepimpinan adalah mendengar dan memahami denyut nadi rakyat.

“Kita mahu rakyat merasakan mereka didengar dan dihargai. Setiap pandangan dan maklum balas akan dijadikan asas dalam merancang pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Beliau turut menyeru agar penduduk terus bersatu dan bekerjasama dengan pihak kepimpinan di peringkat daerah untuk memastikan segala usaha pembangunan berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

TAMAT

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles