Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Pemimpin wanita diseru perkasa diri,berilmu dan bina kepercayaan komuniti

KENANGAN: Dr. Ramzah bersama para peserta merakamkan gambar kenangan selepas Majlis Penutupan Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3.

KOTA MARUDU: Pemimpin wanita, khususnya di peringkat akar umbi, diseru supaya terus memperkukuh ilmu pengetahuan, menguasai maklumat, membina hubungan erat dengan komuniti, mengamalkan sikap rendah diri serta menerapkan nilai empati dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (IDS) Sabah, YBhg. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul berkata, pemimpin wanita masa kini perlu sentiasa bersedia mendepani cabaran semasa dengan meningkatkan kompetensi diri menerusi pembelajaran berterusan.

Menurut beliau, ilmu dan kemahiran kepimpinan boleh dipertingkat melalui pelbagai platform seperti kursus, bengkel dan sesi perkongsian pengalaman, namun aspek sahsiah dan adab tidak boleh diketepikan.

PEMBENTANGAN: Peserta membentangkan laporan dan hasil perbincangan kumpulan dalam sesi latihan sempena bengkel berkenaan.

โ€œIlmu sahaja tidak mencukupi tanpa akhlak dan adab yang baik. Pemimpin perlu bijak menilai serta menapis maklumat sebelum membuat keputusan supaya setiap tindakan yang diambil berasaskan fakta yang tepat dan sahih,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengerusi IDS Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3 di sini, kelmarin.

Bengkel anjuran bersama Womenโ€™s Leadership Initiative Committee (WLIC) dan IDS Sabah itu menjadi platform penting untuk memperkasa pemimpin wanita agar lebih bersedia mendepani cabaran serta isu semasa dalam komuniti masing-masing.

PENYAMPAIAN SIJIL: Dr. Ramzah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3 di Kota Marudu.

๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป
Dr. Ramzah turut menekankan kepentingan hubungan rapat antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Beliau berkata, pemimpin yang sentiasa mendampingi rakyat, memahami keperluan komuniti serta menunjukkan keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi akan lebih mudah memperoleh kepercayaan dan sokongan masyarakat.

Selain itu, beliau menyifatkan sikap rendah diri dan kesederhanaan sebagai antara ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin.

โ€œPemimpin yang merendah diri lebih mudah didekati, dihormati dan disenangi masyarakat berbanding mereka yang bersikap sombong atau terlalu mementingkan diri sendiri,โ€ katanya.

PENGHARGAAN: Dr. Ramzah menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik sebagai pengiktirafan atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang bengkel berlangsung.

๐—˜๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ
Mengulas mengenai nilai empati, Dr. Ramzah berkata pemimpin perlu mempunyai keupayaan memahami pengalaman serta cabaran yang dihadapi rakyat agar penyelesaian yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan masyarakat.

โ€œEmpati bukan sekadar simpati, tetapi keupayaan meletakkan diri kita di tempat orang lain untuk memahami situasi yang mereka lalui,โ€ katanya.

Beliau yakin gabungan lima elemen utama iaitu ilmu, penguasaan maklumat, hubungan baik dengan komuniti, sikap rendah diri dan empati mampu melahirkan pemimpin wanita yang berwibawa, dihormati serta berupaya membawa perubahan positif kepada masyarakat.

๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜‚
Pada bengkel berkenaan, peserta turut mengikuti sesi perkongsian ilmu oleh Pengurus Dalโ€™s Services, Awang Amdan SM Darus, yang menyampaikan ceramah bertajuk Modul Penulisan Dokumen Rasmi dan Laporan, manakala Penyelidik Bersekutu IDS, Zainald Zainuddin berkongsi mengenai Konten Media Sosial untuk Pemimpin Wanita Akar Umbi.

Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3 merupakan kesinambungan program pembangunan kepimpinan wanita yang sebelum ini telah diadakan di Kota Kinabalu dan Keningau, dengan objektif memperkukuh kapasiti serta daya kepimpinan wanita di seluruh Sabah.

Exit mobile version