KOTA KINABALU:Sabah kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai pemain utama dalam industri minyak dan gas menerusi penglibatan lebih aktif dalam pemilikan aset tenaga, pembangunan sumber baharu serta pengukuhan rantaian nilai industri yang memberi manfaat langsung kepada negeri dan rakyat.
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, melalui SMJ Energy, kerajaan negeri sedang mempercepatkan pembangunan sektor huluan, mengkomersialkan penemuan sumber tenaga baharu serta memastikan lebih banyak nilai ekonomi daripada sumber negeri dapat dikekalkan di Sabah.
Menurut beliau, transformasi yang sedang berlaku membuktikan Sabah bukan lagi sekadar pengeluar sumber, sebaliknya memainkan peranan lebih besar sebagai pemilik, pelabur dan pemacu pertumbuhan industri tenaga.
โSabah bukan lagi sekadar pemerhati. Kita adalah pemilik, penyumbang dan pemangkin yang membentuk masa depan industri minyak dan gas negeri ini,โ katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alu-aluan Oil & Gas Services and Equipment Conference and Exhibition (OGSE) Sabah 2026 di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.
๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ถ๐ธ ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ:
Masidi yang juga Pengerusi SMJ Energy berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan pelabur dan rakan strategik antarabangsa melalui kerjasama yang melibatkan perkongsian teknologi, kepakaran serta modal bagi mempercepatkan pertumbuhan industri tenaga Sabah.
Beliau berkata, kerjasama erat antara kerajaan, syarikat tenaga dan pelabur mampu memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab tenaga yang semakin berkembang di rantau ini.
Pada masa sama, Masidi menggesa syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas agar memberi lebih banyak peluang kepada vendor tempatan, melabur dalam pembangunan bakat anak Sabah serta membina kerjasama jangka panjang yang mampan.
โPenglibatan lebih besar syarikat tempatan dalam rantaian bekalan industri ini mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkukuh keupayaan perusahaan tempatan,โ katanya.
๐ข๐๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐น๐ฎ๐๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ถ๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ธ๐๐ต ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ฏ๐๐ฟ๐ฎ๐ป:
Menurut Masidi, penganjuran OGSE Sabah 2026 bukan sekadar platform mempamerkan teknologi dan perkhidmatan industri minyak dan gas, tetapi turut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh kestabilan ekonomi, meningkatkan kebebasan komersial serta mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih kompetitif.
Beliau berkata, sektor tenaga kekal sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah dan memainkan peranan penting dalam menjana hasil negeri, menarik pelaburan serta mewujudkan peluang pembangunan yang lebih luas.
Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus menyokong pertumbuhan sektor berkenaan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat melalui peluang pekerjaan, pembangunan modal insan dan peningkatan kesejahteraan ekonomi.
โUsaha memperkukuh industri minyak dan gas bukan sahaja penting dari sudut ekonomi, malah turut menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kemakmuran negeri secara keseluruhan,โ katanya.

