Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Masidi hargai inisiatif KOPEKS terbitkan Kinabalu Media

TERIMA: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun (kanan), menerima naskhah akhbar Kinabalu Media daripada Pengerusi KOPEKS, Datuk Dr. Saat Ag Damit, di pejabatnya di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU:Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, menerima naskhah akhbar tempatan Kinabalu Media terbitan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) pada satu pertemuan di pejabatnya, di sini.

Masidi merakamkan penghargaan kepada KOPEKS atas kunjungan tersebut serta inisiatif menerbitkan Kinabalu Media sebagai platform penyebaran maklumat mengenai dasar, program dan inisiatif Kerajaan Negeri kepada masyarakat Sabah.

Sementara itu, Saat menzahirkan terima kasih kepada Masidi atas pandangan, cadangan dan nasihat yang diberikan bagi menyokong usaha memperkukuh pembangunan serta hala tuju KOPEKS.

Beliau turut menghargai sokongan berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan peranan koperasi itu — khususnya dalam menjaga kepentingan dan meningkatkan kesejahteraan anggotanya.

Pertemuan tersebut mencerminkan hubungan baik antara kepimpinan Kerajaan Negeri dengan KOPEKS dalam menyokong pembangunan koperasi serta usaha memperluas penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Exit mobile version