KOTA KINABALU: Gerakan koperasi di Sabah perlu berani melakukan transformasi perniagaan dengan meneroka sektor baharu dan mempelbagaikan sumber pendapatan bagi memastikan daya saing serta kelangsungan pertumbuhan dalam persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, koperasi tidak lagi boleh bergantung kepada model perniagaan tradisional semata-mata, sebaliknya perlu terus berinovasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan landskap ekonomi serta teknologi semasa.
Menurut beliau, transformasi perniagaan akan membuka peluang kepada koperasi untuk menembusi pasaran baharu, meningkatkan nilai tambah kepada anggota dan pelanggan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri secara lebih mampan.
โKerajaan negeri amat menggalakkan koperasi memperkukuh tadbir urus, memperluaskan bidang perniagaan dan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang inklusif serta mampan.
โSaya yakin gerakan koperasi akan terus relevan dan menjadi penyumbang penting kepada pembangunan negeri sekiranya sentiasa bersedia berubah mengikut keperluan semasa,โ katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-49 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) serta melancarkan akhbar komuniti Kinabalu Media di sini, Khamis.
๐๐ข๐ฃ๐๐๐ฆ ๐๐ผ๐ป๐๐ผ๐ต ๐๐ฒ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ป๐ถ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป
Hajiji berkata, KOPEKS wajar dijadikan contoh kerana berjaya mempelbagaikan aktiviti perniagaan daripada sektor kredit kepada bidang strategik seperti Ar-Rahnu, perkhidmatan kesihatan, pusat dialisis, pembangunan perumahan, import dan eksport serta penerbitan media komuniti.
Menurut beliau, penerbitan Kinabalu Media mencerminkan komitmen koperasi itu dalam memperkukuh budaya ilmu dan menyediakan platform penyampaian maklumat yang sahih kepada masyarakat.
โDalam era digital yang berkembang pesat, media cetak masih memainkan peranan penting sebagai sumber maklumat yang mendalam, berkualiti dan berwibawa.
โKerajaan negeri melihat media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan maklumat pembangunan serta memperkukuh perpaduan rakyat sejajar dengan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0,โ katanya.
๐ง๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ธ๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐๐ฝ๐ผ๐ฟ๐
Hajiji turut menyambut baik langkah KOPEKS meneroka sektor kesihatan termasuk pengambilalihan beberapa klinik swasta dan perancangan menubuhkan pusat dialisis bagi memenuhi keperluan rawatan pesakit buah pinggang yang semakin meningkat di Sabah.
Beliau berkata, usaha koperasi meneroka bidang import dan eksport, khususnya ke Brunei Darussalam, juga merupakan strategi tepat dalam memperluaskan pasaran produk tempatan serta memperkukuh kerjasama ekonomi serantau.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐ด๐ฒ๐๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ถ ๐๐ข๐ฃ๐๐๐ฆ
Hajiji merakamkan penghargaan kepada kepimpinan KOPEKS atas pencapaian kewangan yang memberangsangkan serta kejayaan mengekalkan pembayaran dividen kepada anggota secara konsisten sejak dua dekad lalu.
Beliau turut menggesa lebih ramai penjawat awam, khususnya generasi muda, untuk menyertai KOPEKS bagi memperkukuh kedudukannya sebagai model koperasi berjaya yang bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan anggota, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah secara keseluruhan.

