KIULU:Kekuatan politik Sabah hanya dapat dicapai jika para pemimpinnya bersatu memperjuangkan matlamat yang sama, bukan sekadar mengejar kepentingan atau agenda parti masing-masing, kata Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau menegaskan, rakyat Sabah berhak diwakili oleh pemimpin yang berpaksikan kepentingan negeri dan bersatu dalam usaha membawa suara Sabah ke peringkat Persekutuan.
“Kemunculan pelbagai parti tempatan membuktikan rakyat Sabah prihatin terhadap masa depan negeri. Namun, jika terlalu banyak parti bersaing secara berasingan, kita berisiko berpecah dan melemahkan kekuatan rundingan Sabah di peringkat nasional,” katanya ketika berucap pada sesi bertemu rakyat di Kampung Rangalau Lama, di sini, pada Ahad.
Joniston menegaskan bahawa GRS muncul sebagai platform penyatuan yang inklusif, menghimpunkan pemimpin dari pelbagai latar belakang demi kestabilan dan pembangunan negeri.
“Di bawah pimpinan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, kita sentiasa mendengar dan menghargai pandangan semua pihak dalam gabungan.
Kesatuan inilah yang menjadikan GRS kuasa politik utama yang mampu mewakili kepentingan Sabah dengan jelas,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan tidak bermaksud tunduk kepada mana-mana pihak, sebaliknya langkah strategik untuk memastikan suara Sabah terus didengar dan peluang pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat.
“Kerjasama bukan tanda kelemahan. Ia cara kita memastikan Sabah mendapat manfaat daripada dasar pembangunan negara,” tambahnya.
Joniston turut menekankan bahawa kestabilan politik adalah prasyarat utama bagi kejayaan pelaksanaan projek pembangunan, terutamanya di kawasan luar bandar.
“Pertukaran kerajaan yang kerap hanya akan menjejaskan kesinambungan projek dan menggagalkan perancangan jangka panjang. Apa yang kita perlukan ialah konsistensi dan kestabilan,” jelasnya.
Beliau menyeru semua pihak agar menolak politik berpecah-belah dan mengukuhkan semangat Sabah Tanah Airku demi masa depan negeri yang lebih makmur dan bersatu.

— TAMAT