Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Kenaikan interim positif, tapi perjuangan hak 40 peratus mesti diteruskan: Glenna

POSITIF: Ketua Wanita LDP merangkap Timbalan Ketua Wanita GRS Glenna Wong menyifatkan peningkatan Bayaran Khas Interim kepada RM1.5 bilion sebagai langkah yang wajar dihargai, sekaligus membuka ruang fiskal lebih besar untuk mempercepatkan pembangunan Sabah.

KOTA KINABALU:Peningkatan Bayaran Khas Interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion disifatkan sebagai satu perkembangan positif yang mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam memberi perhatian terhadap pembangunan dan hak-hak negeri ini.


Ketua Wanita Parti Liberal Demokratik (LDP) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Glenna Wong berkata, tambahan peruntukan itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan kewangan Sabah, malah membuka ruang fiskal yang lebih luas bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan program kebajikan rakyat.

Menurut beliau, peruntukan tambahan itu dijangka memberi manfaat langsung kepada rakyat menerusi pelaksanaan projek infrastruktur asas, termasuk pembinaan jalan raya, bekalan air bersih, pendidikan, kesihatan serta pembangunan kawasan luar bandar yang menjadi antara keutamaan kerajaan negeri.

โ€œRakyat mengharapkan pembangunan yang benar-benar memberi impak kepada kehidupan mereka. Oleh itu, setiap peruntukan yang disalurkan perlu diurus secara telus, cekap dan berkesan demi manfaat langsung kepada golongan yang memerlukan,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Redonah Bahanda

๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฐ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜€ ๐—ง๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
Sementara itu, Glenna turut menyambut baik kenyataan Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda yang mengalu-alukan peningkatan Bayaran Khas Interim tersebut, sambil menegaskan bahawa perjuangan menuntut pelaksanaan penuh hak 40 peratus Sabah perlu diteruskan.

Beliau menegaskan, walaupun peningkatan bayaran interim itu merupakan langkah yang wajar dihargai, ia tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada hak perlembagaan Sabah yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

โ€œPerjuangan menuntut pelaksanaan penuh hak 40 peratus perlu diteruskan sehingga satu penyelesaian yang adil dan muktamad dapat dicapai demi kepentingan Sabah dan seluruh rakyatnya,โ€ katanya.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor

๐—ฃ๐˜‚๐—ท๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ท๐—ถ:
Glenna turut memuji kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta kerajaan negeri yang dinilainya konsisten memperjuangkan hak-hak Sabah melalui pendekatan yang matang, rasional dan konstruktif.

Beliau turut menekankan kepentingan memelihara hubungan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan Sabah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan mampan. Glenna berharap tambahan peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, sekali gus membantu mempercepatkan pembangunan negeri secara menyeluruh.

Exit mobile version