Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Insentif Pendidikan Penampang diteruskan, hargai kecemerlangan pelajar

KENANGAN: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun merakamkan gambar kenangan bersama pelajar yang menerima pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKEM) SMK Datuk Peter Mojuntin bagi Sesi Akademik 2025.

PENAMPANG:Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun meneruskan inisiatif insentif pendidikan di daerah ini sebagai usaha menghargai kecemerlangan pelajar serta menggalakkan lebih ramai anak muda mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Beliau berkata, program berkenaan kini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya dan kekal menjadi antara inisiatif utama bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang di kawasan Penampang.

โ€œUsaha ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pelajar menerima penghargaan sewajarnya atas pencapaian mereka di samping menyuntik semangat untuk terus berjaya dalam pendidikan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKEM) SMK Datuk Peter Mojuntin bagi Sesi Akademik 2025 di Dewan Harmoni sekolah berkenaan.

Majlis itu diadakan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang akademik, selain menghargai usaha guru dan ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam kejayaan anak-anak.

๐Ÿณ๐Ÿฏ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—–๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜ ๐Ÿฑ๐—” ๐—ธ๐—ฒ ๐—”๐˜๐—ฎ๐˜€, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ถ๐—ต ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐—”
Dalam ucapannya, Ceasar merakamkan tahniah kepada seluruh warga sekolah atas pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

โ€œSeramai 73 pelajar berjaya memperoleh keputusan 5A dan ke atas manakala 17 pelajar mencatat keputusan cemerlang Straight A.

โ€œKejayaan ini membuktikan kesungguhan pelajar serta komitmen pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan akademik dapat dicapai secara konsisten.

โ€œPada masa sama, kerajaan negeri terus komited memperkasa akses pendidikan menerusi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada pelajar,โ€ katanya.

๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ
Ceasar berkata, selain meneruskan pemberian biasiswa dan dermasiswa, kerajaan menyediakan 14 inisiatif bantuan pendidikan yang memberi manfaat kepada pelajar di seluruh negeri.

โ€œAntara bantuan yang disediakan ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA),โ€ katanya.

๐—œ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฆ๐— ๐—ž ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—  ๐—ฆ๐˜ ๐— ๐—ถ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฒ๐—น
Sempena program itu, Ceasar turut menyampaikan insentif pendidikan kepada pelajar yang mencatat pencapaian cemerlang sebagai tanda penghargaan dan galakan untuk terus berusaha mencapai kejayaan lebih tinggi.

โ€œInsentif ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian pelajar malah menjadi dorongan kepada mereka untuk terus berusaha dalam pelajaran.

โ€œSelepas pelaksanaan program sama di SMK Bahang, inisiatif berkenaan akan diteruskan di SMK Limbanak dan SM St Michael dalam masa terdekat.

โ€œLangkah ini bagi memastikan lebih ramai pelajar cemerlang menerima pengiktirafan atas usaha dan pencapaian masing-masing,โ€ katanya.

๐—•๐—ž๐—ก๐—ฆ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐——๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป
Beliau turut menggesa pelajar yang layak supaya memanfaatkan peluang permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang dibuka semula bermula 11 Jun lalu.

Menurutnya, kerajaan komited memastikan faktor kewangan tidak menjadi penghalang kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

โ€œPendidikan kekal menjadi agenda penting dalam pembangunan modal insan dan masa depan negeri. โ€œKerjasama erat antara kerajaan, sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan bagi melahirkan lebih ramai generasi berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan Sabah,โ€ katanya.

Exit mobile version