KOTA KINABALU: Umat Islam di Sabah diseru menghayati semangat hijrah sebagai landasan untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan diri, meningkatkan ilmu pengetahuan, memperkukuh akhlak serta mempererat hubungan sesama insan demi membina masyarakat yang lebih bersatu dan sejahtera.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, sambutan Maal Hijrah bukan sekadar memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah, sebaliknya menjadi simbol transformasi, pengorbanan dan pembaharuan ke arah kehidupan yang lebih baik.
Beliau berkata, umat Islam perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang bukan sahaja berjaya mengembangkan syiar Islam, malah membentuk sebuah masyarakat dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, perpaduan serta pembangunan insan.
โSebagai umat Islam, kita perlu meneladani kejayaan Rasulullah SAW dalam membangunkan masyarakat Madinah yang bersatu padu serta mengamalkan kepimpinan yang seimbang antara kemajuan material dan pembangunan rohani.
โSaya berharap sambutan Maal Hijrah ini menjadi pemangkin untuk memperkukuh ukhuwah, memperbaharui iltizam dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam,โ katanya.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini, Rabu.
๐ง๐ฒ๐บ๐ฎ โ๐ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ถ ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ, ๐จ๐บ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ถโ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ฝ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป
Menurut Hajiji, tema sambutan tahun ini, โMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ, amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memupuk kehidupan masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati serta mengutamakan nilai kemanusiaan.
Beliau berkata, konsep masyarakat Madani yang diperjuangkan hari ini berasaskan teladan Rasulullah SAW dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, progresif dan berdaya maju.
โDengan menjadikan nilai-nilai Islam sebagai inspirasi moral dan etika dalam kehidupan bernegara, saya yakin kita mampu membina masyarakat yang berilmu, berintegriti, berakhlak mulia dan berjiwa besar,โ katanya.
๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ฝ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ด๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ถ๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐น๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป
Dalam pada itu, Hajiji berharap tahun baharu Hijrah 1448H membawa sinar harapan dan keberkatan kepada umat Islam meskipun dunia berdepan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan.
Menurutnya, konflik yang masih berlarutan di beberapa wilayah dunia, khususnya di Timur Tengah, amat membimbangkan dan memberi kesan kepada kestabilan serta keamanan sejagat.
โSebagai rakyat Malaysia, kita berharap segala usaha ke arah perdamaian dapat direalisasikan supaya keamanan dan keselamatan berkekalan dapat dinikmati oleh semua pihak,โ katanya. Turut hadir isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Hajah Faridah Tussin; isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah.

