Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Hajiji santuni warga YKS dan BALKIS-JKM dalam Majlis Kesyukuran

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Datuk Hajah Diyanah Abdullah dan tetamu lain pada Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS serta BALKIS-JKM di Pejabat YKS, Menara Kinabalu, pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), menghadiri Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama warga YKS serta Badan Amal dan Kebajikan Islam Jabatan Ketua Menteri (BALKIS-JKM) di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan harmoni, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan serta penghargaan terhadap komitmen warga kerja kedua-dua organisasi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Datuk Hajah Diyanah Abdullah beramah mesra bersama kakitangan YKS dan BALKIS JKM pada Majlis Kesyukuran dan Silaturahim bersama YKS dan BALKIS-JKM di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Turut diserikan dengan jamuan makan, majlis itu menjadi simbol penghargaan kepada dedikasi serta sumbangan berterusan warga YKS dan BALKIS-JKM dalam membantu golongan memerlukan di negeri ini. Hadir sama Pengarah YKS yang juga Pengerusi BALKIS-JKM, Diyanah Abdullah; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YKS; ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri; serta ahli jawatankuasa BALKIS-JKM.

Exit mobile version