Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Hajiji saksikan sumbangan RM300,000 Guthrie kepada YKS

Pengarah Urusan Kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad menyerahkan sumbangan CSR sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad kepada Pengarah YKS, Diyanah Abdullah sambil disaksikan Hajiji Noor di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad kepada Pengarah YKS, Diyanah Abdullah dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie, Razlanshah Abd Malek; serta Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Huluan Wilayah Sabah, R. Vijayakumar.

Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat SD Guthrie bagi menyokong usaha kebajikan dan pembangunan komuniti di Sabah. Majlis tersebut turut mencerminkan kerjasama erat antara sektor korporat dan kerajaan negeri dalam memperkukuh agenda kebajikan serta membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

–TAMAT

Exit mobile version