Hajiji himpunkan tokoh global, perkasa agenda pelaburan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghimpunkan beberapa tokoh korporat dan pemimpin antarabangsa di Kota Kinabalu bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meneroka peluang pelaburan yang mampu memacu pembangunan mampan dan transformasi ekonomi Sabah.

Menurut Hajiji, pertemuan yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Pelaburan Impak Asia Pasifik bagi Pembangunan Mampan Sabah 2026 itu turut mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh hubungan antarabangsa serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Sabah.

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk bertukar pandangan, memperkukuh kerjasama strategik serta meneroka peluang pelaburan yang mampu menyumbang kepada pembangunan mampan, transformasi ekonomi dan pertumbuhan jangka panjang Sabah.

“Ia juga mencerminkan komitmen kita untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Kerajaan Sabah kekal komited mewujudkan ekosistem yang mesra perniagaan dan pelabur bagi menarik pelaburan berkualiti, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna serta memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Antara tokoh yang menghadiri pertemuan itu ialah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dato’ Mohammad Faiz Azmi; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Habitat Foundation, Dato’ Sri Harry Cockrell; Ketua Pegawai Eksekutif EQ Hotels, Donald Lim; bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Eddy Fong; bekas ahli Majlis Eksekutif Hong Kong, Nellie Fong dan Tam Yiu Chung; serta bekas Setiausaha Tetap Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Salina Yan.

Turut hadir ialah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri, Tan Sri Andrew Sheng; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Haji Sabin Samitah; Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah, Tan Sri David Chu; bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew; Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Siaw Kok Chee; bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Yussof Kassim; dan Datuk John Lo Thau Fah.

Related Articles

Stay Connected

140,000FansLike
230,000FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles