Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Hajiji hargai sokongan rakyat, anjur majlis kesyukuran di Tuaran

KENANGAN: Hajiji merakamkan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir.

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengadakan Majlis Kesyukuran di kediamannya di Kampung Serusup, di sini, pada Jumaat sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan atas sokongan serta doa rakyat.

Pada majlis itu, Hajiji kelihatan meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para tetamu yang hadir, menggambarkan suasana mesra dan harmoni antara pemimpin negeri dan rakyat di akar umbi.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.

Majlis berkenaan dihadiri jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman serta penduduk setempat, selain beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir memeriahkan majlis.

Antara yang hadir ialah ADUN Labuk Datuk Samad Jambri yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; ADUN Dilantik merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun; ADUN Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya; serta seorang lagi ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali.

Majlis kesyukuran itu turut menjadi platform memperkukuh silaturahim, perpaduan serta kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan masyarakat, seiring komitmen Kerajaan Negeri untuk terus mendekati rakyat.

— TAMAT

Exit mobile version