Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Hajiji hargai keprihatinan KPWKM salur bantuan mangsa kebakaran Sandakan

SUMBANGAN:Hajiji menerima replika cek daripada Nancy sempena kunjungan hormat di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu. Turut kelihatan Julita Majungki (empat kiri) dan Safar Untong (dua kanan).

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menyalurkan sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

Sumbangan berjumlah RM200,000 itu disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Negara dan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Penyerahan sumbangan tersebut berlangsung sempena kunjungan hormat Nancy kepada Hajiji di Bilik Danum, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam membantu meringankan beban mangsa yang terjejas akibat kebakaran.

Turut hadir Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki; Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shaminan Ag Sahari; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron.

Exit mobile version