Site icon Gabungan Rakyat Sabah

Hajiji hadiri Majlis Perjumpaan Ketua Jabatan Persekutuan bersama TYT Sabah

SUMBANGAN: Hajiji mengiringi Musa menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu pada Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Bersama Yang Dipertua Negeri, hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri,Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di sini, hari ini.

Ketibaan Hajiji disusuli keberangkatan tiba Musa bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim Yahya; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; serta menteri-menteri Kabinet Negeri.

Pada majlis sama, Musa bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis, sebelum menyempurnakan upacara memotong kek sempena ulang tahun kelahiran rasmi beliau.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh mesra dan tertib, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan negeri dan agensi Persekutuan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Exit mobile version